Mar 25, 2011

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu pei bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”


2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.


3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.


6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)


7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).


8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).


10. Kekalkan wuduk.


11. Bersedekah.


12. Belanja orang makan.


13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)


14. Berkawan dengan ulama.


15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).


16. Pesan pada orang, jadi baik.


17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat

Mar 24, 2011

Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya..

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Mar 20, 2011

....!!!

Ingatlah pesananku ini....

"apabila seseorang itu menyayangimu...sayangilah dia dengan sepenuh hati...jangan sampai dia terlepas...kalau tidak kamu akan menyesal..dan payah untuk mendapatkannya semula~"


Renung2kan lah...~

















Mar 15, 2011

Berry :)

Hari ni aku nak tulis tentang Berry! Berry??? Blueberry?? X! Blackberry?? Bukan la! habis tu apa? hahaha~ Berry la... berry aku~ oo0oppss! He He He...Kenapa aku panggil dia Berry??? coz....emmmm, ni kira macam code rahsia la...hahahaha~ code rahsia??? x leh belah...:P
ok, lets get started~ Firstly Berry adalah seorang orang :) sat2..aku pn xtau macam mana nak start nih~ hihihihi..ok kita mulai dari ciri2 fizikal Berry...wahahaha :D kalau tgk btul2 muka dia macam budak2 sikit...bg aku la..org lain xtau la mcm mna..hihihi~ tinggi dia brapa huh??....loading.....aku lupa la! haha..emmm..174cm kot..lebih kurang tu la..aku rsa..keh3~
rambut dia...aku xtau la nak describe tentang rambut2 org ni..hehe~ tp bg aku rambut Berry sgt kemas, cute sikit kira aku suka la abis cita berbanding dengan rambut dia time skol dulu agak panjang la, kot~ tapi stail gak..hahaha~ berat dia xyah bg tau la...kurus je sebab Berry x cukup makan atau pun sebab cukup makan tp dah tiap2 hari jogging 6-8km kan, so maintain je la badan dia tuh..yg penting tough! kakakaka~ :P ok dah..cukup2 tentang ciri2 fizikal.


sepanjang aku kenal dia ni...........meh nak cite sikit la dia ni macam mana. jeng! jeng! jeng! HAHAHAHA~ Berry sangat suka cite Leftenan Adnan! OMGGG! x sangka aku dia minat cite tuh..haha. Dia suka tgk cite2 perang nih...dia ckp best gla kot~ tapi la bg aku cite tu boring kot! dah byk kali aku try nak tgk cite tu bg habis tp last2 cite tu yg tgk aku..zzzZZzz!!! aku x paham la cite dia cam na..tp yg pasti Berry minat gla! haha. Berry suka lagu rock2!!! antara yg aku tau la lagu Cinta kristal...hurmm..rock ka lagu tu??? bkn agak Giwang ka?? xtau la~ tapi aku pn suka gak lagu tu...lalalalalala~ aku x suka sgt rock2..aku lebih kepada slow rock, jazz, rnb..pop rock. lagi...dia minat JOHN RAMBO & JOHN TERRY pemain Chelsea tuh!


ok, masa utk selongkar perangai dia or sifat2 Berry....selama aku kenal dia~
Berry ni nakal2 sikit..i mean nakal bukan jahat! biasa la dh nama pun lelaki...lg dia ni baik..kadang2 garang! agak manja...hahaha~ suka menangis..ish3 :) eh, eh..dak2..suka menangis dlm hati..(nak jaga macho). Haritu ada org tu cry then Berry ckp best ckp bla org tu cry! eeeeeeeee! geram sikit je...ada ke patut best??? :S issh3 Kadang dia sweet~ heee


Lagi apa huh?...penyayang kot..keh3~ Dia x suka tunjuk perasaan dia..ada sesetengah la..dia ni jenis pantang dicabar! biasa la EGO tinggi sgt! ahahaha~ dia sayangkn kawan2 dia lebih dari awek dia...kesian awek dia~ ish3 dia sibuk sangat (100x)...kalau nak kacau dia pn kena tgk jam dulu..bukan boleh sesuka hati je...kaaaannn??? :\  kadang2 dia BLURR


Berry seorang yg pemalu~ hahahaha :) shy shy cat org kata...dia x suka tangkap gambar... dia ckp dia malu~ malu xmalu kena gak! keh3~ Berry romantik??? persoalannya romantik ke??? yg tu aku xtau lg~ hihihi :P Dia kuat ooo! macam Ultraman, Spiderman, Batman, Superman..dan segala -man yang ada..wahahaha..mmg Hero la..kih3~






Berry paling suka cakap..." Alaa..Hero kann", " P la kalau nak p sgt", "Hero boleh duk sorang2", "Kita tgk la nanti bila dah sambung blajaq......bla bla bla"...aku memang dah hafal ayat dia~ :P pastu ayat pasrah dia mmg boleh buat org menangis o! x caya try suruh dia bagi ayat2 pasrah..hehehe~ Berry respect aku sebagai seorg girl..so aku pun respect dia selagi dia respect aku..heee :P  
                                                              



Lastly (sambil mengesat peluh di dahi)......tu je cite tentang Berry~ Nak tau lebih lanjut boleh tanya awek dia ok! tu pun kalau awek dia nak cite la kan?..aku just share sikit2 je...kuang3~


sebelum menutup tirai aku hadiahkan 1 lagu khas utk Berry :)


Lagu yg bertajuk...................................JENG! JENG! JENG!


Soley Soley <3


Just a little bit lonely
just a little bit sad
I was feeling so empty
until you came back
until you came back
until you came...........

Oooh
Soley Soley
Soley Soley
Soley Soley

Oooh
Soley Soley
Soley ley
Soley Soley
Soley ley
Soley Soley.

Just a little bit closer
can you lay by my side
can we get it together
lazing in the sand
lazing in the sand
lazing in the........

Oh
Soley
Soley... :)



p/s: men full of ego...true story :)

                                                      Je t'aime <3





Mar 10, 2011

my School Life St0ry

Mula-mula masuk Form1 rasa x best gila dok sekolah ni sebab dah la x dak kawan dan x biasa dengan suasana sekolah ni. dah la sekolah (Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim) ni femes dekat Sungai Petani. kebanyakkan budak sekolah ni mesti akan melalui situasi mcm ni. contoh ada mak cik tanya " sekolah mana adik?," "...eerr Sekolah Ibrahim :)". Mesti dia akan balas mcm ni.." ooOo pandai la kalau sekolah ibrahim. Mesti tanggapan makcik tu baik kat ang. ok sambung...Memang la dah baru masuk. Haha. Hari pertama balik sekolah dah menangis, sbbnya cikgu suruh copy balik semua yg tertinggal..dah la banyak..nasib baik la ada org tlg aku copy balik..hahaha sapa lg kalau bukan abg aku. :) . Aku dok kelas 1A7. Masa  mula2 masuk dah waktu rehat. Rehat awai kat sekolah ni. Pukul 9.00 pagi kot. Orang pertama yang tegoq aku Joyce Ang. Hehe. Kira budak2 Cina perempuan la yang tegoq aku dulu. Depa memang friendly laa. Pastu aku nmpak Piqah ( Afiqah mafillrudin). Dia tengok aku buat muka kering ja.dalam hati aku “sombong gila dya nih”. Hahaha. So. Kelas petama yang aku masuk adalah kelas Bahasa Jepun! Baru aku tau yg hanya 2 kelas ja yang belajaq Bahasa Jepun. Kelas aku dan kelas 1A6. untung gak la aku dok kelas nih. Belajaq bahasa jepun mula2 blurr. Pastu lama2 dah biasa la. Faham la jugak. Boleh la baca dlm bahasa jepun.hak3~ tapi sebab nak PMR so dah banyk kali x masuk kelas Jepun. Lepas tu memang dah x paham la blajaq smpai dekat mana pun dah xtau. Trok btoi la aku nihh..bukan aku saja, kawan2 aku pn trok jgak. Memang batch kami *budak melayu* yg blajaq bahasa jepun memang mengecewakan sensei kami. Sangat mengecewakan! Ok, dalam kelas aku duduk dengan sakam (vissakam) merangkap bff aku. Kami duduk belakang sekali tepi tingkap. time rehat je kami mesti akn beli makanan ringan dekat kantin bawak masuk kelas, bila boring ka lapaq ka boleh makan...cikgu mmg x nampak la kami mkn sbb duduk belakang sekali. hahaha. Aku rapat dengan dia ja. Dengan budak melayu x sangat.hehehe. first expression aku kat dya *awat pelik sangat dia nih??* hahaha. Sorry my dear! Lama2 dah biasa, serasi, tapi mula2 memang dok begaduh ja kott! Dia ni cakap melayu memang pandai la walaupn India, tp ckp tamil x reti sgt, tulis lagi la x reti langsung! Hancoq!! Dalam tengah bulan baru la macam kenal2 dengan Amni, Hanisah, Aisyah *twin aku*, Piqah, Suhaini, Lyana dan lain2. benda yang aku masih ingat time form 1 msa dalam makmal sains. Hanisah dengan geng2 asrama memang keja tidoq ja. Bukan blajaq sangat pn. Aku pn x la blajaq sangat dengan sakam tp kami x tidoq kami dok bersembang masa cikgu Yuslina dok tgh ajaq.hahaha. Sampai aku form 5 cikgu yuslina la yg rajin dok bersembang, melawak dengan aku dan geng aku laa. Dia memang ingat kami semua..hahaha. xdak apa yg best sgt, form 1 form perkenalan bg aku.haha.

Masuk je form2 pon masih x brapa nak serasi lg dengan sekolah nih..trok btoi la aku nih. Lambat btoi nak serasi. Rasa macam x best ja. Ha ada 1 bnda yg aku x leh lupa time form 2. Macam biasa datang sekolah masuk kelas letak beg. Pkul 7.20 pg pegi padang ada perhimpunan kecil. Abis je, kelas aku yg berjalan masuk ke kelas dulu. Masa tu tengah bersembang dgn Amni sambil suruh dia tgk secret admire yg ada kat blok form 1, aku pn sambil jalan mata dekat blok tu. Tiba2 kedeganggggg!!!! Macam mana tah aku p langgaq tiang laluan berbumbung dkt situ. Tiang tu dah la besi, so bunyi dya mmg kuat arrr, mcam nak runtuh je atap tu. Budak2 laki kelas aku yg dah sampai kelas pn kalih belakang tgk.hahaha. x la sakit sangat kepala aku tp bunyi hentakan tu mmg kuat gila. Mcm sakit gila. Masa langgaq aku jd blurr seketika.hahaha. pastu kwn2 aku tnya “knapa dgn ang chah?’..pastu aku yg masih bluurr lg pn gelak jee..malu gak arr..pastu depa semua apa lg gelak la x berenti . hak3. nasib baik kelas lain x prasan sgt.hahaha. masa form 2 gak la aku kenal fathin alya. Jadi best friend. Slalu rehat sekali, taekwondo pn dok melawak2, men ligan2. best! :)

Form 3 taun exam PMR!!! Aku ,Vissakam, Amni dan Hanisah mmg bff la. P mna semua sekali. Tandas, kantin, mcm2 lg la. Gaya ckp pn nak sama. Best words kami masa tu ‘hightlight’, ‘kami?? Ang sorang ja’…mcm tu laa bunyinya. Dalam kelas cikgu semua mmg tau la kami 1 geng. Selalu gelak2 sekali. Bergaduh tu ada la gak.haha. Amni dan Nisah ni paling suka la bab2 tidoq dlm kelas.hehehe. jgn marah dear! Habis je exam PMR semua sronok gilaaa.. Skolah byk buat aktiviti utk kami semua. Lawatan, mcm2 lg la, tp 1 pn aku dgn geng aku x join. Kami duduk dlm kelas je main segala jenis game. Ada 1 hari nih, aku dgn sakam lepak kat library. Kami malas masuk dewan. Kami baca novel je. Kami rasa pelik, sbb selalu byk bdk form3 dlm library tp hari tu x dak..kami 2 ja. Tiba2 dtg seorang pengawas perempuan jerit2 bg tau kami cikgu otw nak mai cek klau ada bdk form3 yg x masuk dewan. Kami apa lagi dgr je terkejut la. Pengawas tu suruh kami lari ikot jln belakang.hahahaha. baik gila! Kami pn trus lari lintang-pukang gak laa…takut punya pasai..tp last2 kami p mna pn xtau la. Lupa!hak3. form1-form3 x best sgt, sbb nerd2 lg, takut nak buat jahat sikit2, tp kira best la jugak. Cuma 1 ja bnde yg x best gilaa, budak2 laki dlm kelas aku dr form1-form3!! Bkn aku benci dan meluat dkt depa tp depa yg bg aku benci gila dkt depa!! Aku mmg allergic tahap maximum la dkt depa nih. Aku mmg x suka langsung kalau bertembung dgn depa dkt sekolah. 3 tahun aku bersabar dgn depa ni. ingat form 4 depa akn belah dari sekolah ni tp X! tapi kira ok la aku dah x duduk 1 kelas dgn depa.>.<

School life yg paling best gila masa form4 dan form 5!!! Best gila sampai x terkata.hahaha. masuk form 4 semua xtau nak pilih aliran apa. Sains tulen/sains teknikal/ekonomi. Kami 1 geng dpt result elok. So,last2 kami semua masuk sains tulen. Yang x best skit masa tu cikgu nak rombak balik kelas. Takut la terpisah dgn bff. Tgk2 aku dpt kelas 4sn1 dgn sakam. Yeahh! Amni dan hanisah dpt kelas 4sn2. Bersyukur gak la kami masih dok dua2. kami still kwn, Cuma x rapat mcm dulu la.ahahaha. So, dpt la ramai kwn baru Farah, Nabila, Izzati, Izzah, Safwan, Aliff, Afiq Azahari, Afiq Sai, Benadic, Jerad dan budak2 cina dan India yang friendly. Depa nih asal kelas lain so x brapa rapat la. Yg 1 kelas dgn aku dr form 1 pn  Vissakam., Khairool dan ada sikit budak cina lain. Dlm bulan 2 cmtu kot baru la Sarah Syafiqah masuk.hahaha. first time jumpa dia dkt tangga masa aku dgn sakam nak turun, dia dgn mak dia nak naik. Mak dia tnya kami ‘kelas 4sn1 dkt mna?’..kami jwb ‘tu kelas kami la’..hahaha. So, kami tunjuk la. Dlm perbualan antara kami ada benda yg kelakar gak terjadi.hehehe. first expression aku dkt Sarah ialah baik, sopan –santun, pendiam kira semua baik2 belaka la.hahaha. sama la dgn Afiq Sai, mula2 masuk nerd gilaa tp dia mmg nerd skit, nak ckp pn malu2, baik je Nampak, pendiam. Heh! Bila naik form 5 baru la Nampak belang dia.hahaha. tp normal la utk semua org bila p tempat baru kna baik2 dulu klau x nanti kena la. Kn?kn?kn?. farah plak dia bg tau dkt aku dgn sakam yg mula2 dia tgk kami dia kta feminienyaa…hak3. masa dia tgk kami, kami dok baca newspaper sambil dok crita pasal kecantikkan.ish3. Farah gila chocolate jer. makan choc punya la banyak. cara dia makan choc mcm makan nasi. hahaha.:P Aku dgn sakam dpt Sekolah Berasrama Penuh(SBP). Dah la masa tu dh bulan 6 baru nak panggil. Aku pn pikir la nak p atau x. sakam x p, so, last2 aku x p sbb sayang gila dekat Ibrahim. X boleh tinggal segala kenangan pahit dan manis kat sini. X sanggup nak p skolah baru, lg pn aku dah biasa dgn suasana Ibrahim, dgn cikgu2 semua, lg pon kat sini dah belajaq separuh syllabus. Ibrahim paling best!!! Hahaha.  Kelas 4sn1 memang semangat gila la nak bagi cantik kelas. So, kami AJK kelas bincang dgn guru kelas (Pn. Maimunah Nasir) nak cat kelas. Cikgu pn setuju. 1 hari kami semua pakat tolong cat kelas, semua terlibat kot! Memang best la. Masa tu Nampak semua nilai yg baik. Tolong-menolong, bekerjasama xkira bangsa. Bukan aku nak bangga, tapi lepas ja cat kelas kami, semua pakat jaga dinding tu elok2. budak lelaki pn dah x p chop tapak kasut dkt dinding. Bangga gila dengan depa semua.:)
time relay
Marcello ohh~ Marcello~


Vissakam, Ijad, Aku, Farah




muka letih berlari.ahahaha


Ok, bila nak sampai trial SPM kami yg form 4 nih kena tukaq blok. Kena pindah p blok lain. ‘Blok form 6’ kami panggil sbb form 6 memang duduk blok tu dulu skrg pon ada lg. peristiwa yg aku paling x bleh lupa kat blok ni ialah cite dia camni..hehehehe. 1 hari, bila dah ujung2 tahun, bila semua syllabus dah abis, kebetulan hari tu ada masa cikgu x dtg sekolah. So, kami buat hal masing2 la dlm kelas. Aku dgn Sarah bersembang la tepi koridor…..sambil makan lollipop… tiba2….mai dr mana tah mcm hantu tgk2 dah ada dekat tepi aku..pengawas percubaan yg pulun gilaa *kakak tiri* geng aku pnggil. Dia kata kat aku ‘kenapa makan masa waktu PMP????’, aku jwb ‘eeeerrr…*lollipop masih dlm mulut*aku speechless tiba2!!!! Sbb masih terkejut dgn kehadirannya yg tiba2. dia suruh aku tulis nama. Aku pn mcm dah terpukau dgn suara dia yg merdu gilaa tu pon tulis la….then dia suruh aku p buang lollipop tu. Aku pon p buang! Tgk aku mmg dah terpukau dgn suara dia yg puaka tu. Dah la lollipop tu aku bru je bli kat Zikri dan bru je masuk mulut! Sayang gila kott. Kejam gila hantu tu klau suruh aku p simpan ka ok la lg ni sruh p buang..hukhukhuk! sedih..hahahaha. pastu dia p masuk kelas dia balik dgn bangganya dpt tulis nama aku dlm buku dia tuh! Sarah pon trus goncang badan aku..smbil tnya “wey knapa ang p buang???’ aku jwb ‘aku seorng pelajar yg baik..hahahaha'. pastu aku mmg hot la dgn kakak tiri tu. Dah la pengawas percubaan, kwn aku pn pengawas gak, masa tu mkn gak Cuma dlm kelas jer..lepas tu semua org pakat anti diaa..geng aku la..tp trima kasih la kat kakak tiri aku tu sbb bg aku kenangan dkt blok tu. Mmg 1 hari aku hot dgn dia.#$&^*#$@$U^&$%^#%#hahahaa.

Masa akhir tahun form 4, wktu perhimpunan besar, cikgu ada umumkan kelas yg ceria. Tengok2 kelas kami dpt no.2.hahaha. dpt hamper. kami 1 kelas terkejut gila kott! Semua mcm x percaya. Cikgu Maimunah (mak kami) pon x pecaya sbb masa tu kami x duduk dah kat kelas kami yg cantik tu dah pindah p blok lain kn so, x jaga dah kelas baru tu cantik2.hehehe. tu yang semua pakat terkejut. So, mungkin tu rezeki kelas kami, haritu kami buat party la dlm kelas dgn hamper yg dpt tu.hak3.

Masuk je form 5 * senior year* paling best laa!!! Tahun ni la semua pakat tunjuk belang masing2. contoh yg ketara…hahaha…adalah ketua tingkatan kami..jeng!jeng!jeng! Afiq Sai laa. Tahun ni la dia tunjuk belang dia 1 demi 1. dia dh pandai berkata2 mungkin sbb dipengaruhi oleh Benadic, kwn sebelah dya..hahaha. Malas buat tugas..dia tugas sapu sampah dgn aku…dlm tahun tu x sampai 5 kali dia sapu sampah. Aku yg dok sapu selalu..xpa..aku rela. Heh! Tp 1 jer Afiq ni mmg rajin la bab2 study ni. Boleh dikatakan pagi petang siang malam dok dgn buku….aku rasa laa..hak3. Alip, Kerol dan Ben depa nih mmg penghibur kelas aku. Kalau depa x dak msti sunyi, boring la kelas aku ni. Alip ni suka qhenyeh, gelak paling dya terer..sampai guling2 atas lantai. Kerol pn sama ja dgn Alip.sempoi  Hahaha. Tp kerol ni dia suka menyelit masa geng aku dok bersembang. Lawak Haha.  Selalu aku dgn dia suka dok bercerita tentang pilot. Kami 2 cita2 nak jd pilot.kah3. kami mmg dok cita la psal gaji of course!..semua la yg berkaitan dgn  kerjaya pilot. Benadic Doray, spa x kenal dya??? Femes kot.haha. dia ni selalu terkantoi dgn Sir Fletcher dlm kelas. Ada sekali tu dia bt lawak apa tah, semua dok gelak smbil tgk dia. Kebetulan sir dtg dr pintu belakang, semua dh tau sir dtg so gelak slow2 je tgk gelagat Ben nih. Sir pon tgk gak smbil senyum. Ben ni pusing2 belakang ternampak sir, kami 1 kelas tros gelak sampai pecah perut laaa.hahaha. dia malu, then tros menyorok bwh meja.hahaha.
hari guru

nabila

Vissakam & Sarah




hahaha

muka senyum+mengantuk




Party kelas paling best!!! hari tu kami semua pakai baju pj p skolah. Haritu kami dok relax ja dkt skolah smbil tangkap2 gambaq dlm kelas. Macam2 aksi la. Kebetulan cikgu byk x masuk kelas. Abis je skolah pukul 1.30 ptg aku, Nabil dan Ijad ikot ckgu p amik kek. Yg lain semua siap2 mknan dkt kantin. Ada yg p amik McDonald. Sampai2 je dr kedai kek tgk semua dh siap, cikgu pon ada yg sudah dtg. McDonald je lmbat skit. so, kami pn mkn2 dlu nasi tomato yg ditempah smbil tunggu McDonald tiba. Memamg happening gila aarrr kat kantin masa tu. Walaupun tahun ni hanya buat dikantin sekolah tp paling best dr tahun lepas yg buat di Pizza Hut. Semua org enjoy, happy, gelak2 dan mcm2 lg la. Kami semua ambik gambaq byk2 dgn mcm2 pose. Hahaha. Ambik  dgn cikgu2 yg mengajaq kami semua. Memang haritu kenyang gila la!!!








Ben & Meiwan :)



Jared Emo














Aiff & C. Mat Zainol (BM)


C.Maimunah Nasir Guru tingkatan & Biologi

C.Maimunah & C.Suhaida


C. Norhayati (Akaun)


Ustaz Halid

Izzah & Nabila 






Safwan & Ben

McD!



funny pose





Pemain bola sepak kelas 5sn1. hak3


‘Fakebook’!!! nama t-shirt kelas 5sn1. hahaha. Baju tu mmg dipengaruhi dgn facebook gila. Hasil perbincangan dan persetujuan kami 1 kelas. T-shirt tu color hijau muda kot. Yg pasti hijau la. Haha. Haritu dpt2 je t-shirt kami semua tros tukaq p pakai t-shirt. Mmg semangat gilaa kelas aku. X dpt dinafikan lg. kami tukaq masa wktu Biologi! Kelas ‘mak kami’. Hehe. Kami semua ambik gambaq la dgn cikgu kelas, Pn Maimunah. Kami semua sayang cikgu, walaupun perangai kami nakal2 skit. haha. Sorry cikgu. So, waktu rehat ja semua p serbu kantin dgn pakai baju ‘Fakebook’. Semua org tgk la sbb kami telah mencipta sejarah baru utk sekolah. Hahaha. Mmg dr jauh boleh kenal la bdk kelas aku dgn tgk color baju ja. Dlm tingkatan 5 kelas aku je yg buat t-shirt kelas masa tu. Walaupun ada cikgu yg tegur dan suruh kami tukaq tp kami tetap x tukaq!!! buat xtau jee~ Hehehe. Pakai sampai balik. Yg pasti kelas aku mmg sporting gila x byk cerewet x kira bdk Melayu, Cina mahupun India dan mmg semangat kerjasama yg tinggi. Boleh dikatakan la. Hak3.

baju baru..






:)

posing dgn baju 'Fakebook'

kelaparan



Hero2 5sn1!!!



senyum~




Last pose sebelum balik.haha

I love 5sn1 forever!!!




Masa aku form 5 aku kenal dgn 2 org kwn baru..lelaki..bkn senang aku nak kwn rapat dgn laki ni..tp depa ni antara yg aku rapat la time form5 selain budak laki kelas aku sendiri..iaitu Nazmi dan Shyazzwan. Aku kenal depa ni pn dekat koperasi sekolah. mula2 aku kenal Nazmi. kami selalu la dok bertekak dekat koperasi. x sah kalau x bertekak! hahaha. benda yg aku x leh lupa sekali bila aku dia dok kcw aku pastu aku xtau nak balas balik mcm mna aku katoq kepala dia dgn botoi ayaq mineral yg aku slalu beli kat koop! ahahaha. aku katoq pelan je...hehe. ada 1 haritu aku nak bli manila kad dkt koop..time tu la dia balas balik, dia katoq aku balik guna manila kad tu...ishhishhishh! ada 1 benda yg dia bg tau aku dia trauma dgn aku..time aku tarik tie dia! tu la hg spa sruh kacaw aku sgt kaaann?? haha. dia kata mmg dia terkejut masuk kelas trus diam selepas insiden itu. aku pun terkejut gak mcm mna aku bole p tarik tie dia...ha la sbb aku x penah tarik tie spa2 lg sblum ni. mesti lawak gila kalau dia diam dlm kelas sbb slalu x duduk diam!! mmg stail kami mcm ni. walaupun dok bgaduh2, betekak2, dok men Loser2 tp kami still kwn. :). yg wan ni pulak dia selalu backup aku bla aku kena kcw dgn si Nazmi ni. walaupun dia ni senior aku tp aku baru kenal je taun lepas time aku form 5.haha


Itulah antara kenangan yg paling sweet yg aku lalui selama 5 tahun aku jd Ibrahimian. Ibrahim adalah sekolah yg paling best dan terbaik bagi aku. Cikgu2 semua bagus2 dan baik2. Keseronokan berada di Ibrahim mmg x dpt digambarkn. Hanya IBRAHIMIAN je yg dpt rasa semua ni. Aku akn rindu saat2 berasa di Ibrahim. Last sekali, aku nak bg tau yg aku bangga menjadi IBRAHIMIAN!!!! J